Monday, February 4, 2013

rutin harian yang sama dan membosankan

my life, my routine is equal because is same!!! so boring...

Pagi-pagi morning of coslah kena bangun awal sebab solat Subuh. Sejak dah makin tua dan dah belajar banyak benda ni aku sangat -sangat ingatkan diri aku supaya menjaga solat especially solat Subuh yang mana aku tau ramai dari kita ni selalu sangat termiss solat Subuh....Lepas selesai solat macam biasa aku baring-baring sekejap. Kadang terlelap terus sampai jam 8. Kalau aku tertido lepas Subuh selalunya aku akan terjaga jam 8 sebab masa tu adik aku sibuk-sibuk bersiap nak pergi tempat kerja dia. Kalau mood aku baik sikit hari tu aku bangun awal dan sembang-sembang sikit dengan dia, tapi selalunya sembang sikit tu selalunya berakhir dengan pergaduhan kecil. Well, itu pun salah satu rutin harian aku jugak. Bila adik aku dah keluar dari bilik barulah aku terhegeh-hegeh nak cari baju nak pakai pergi kerja. Selalunya aku akan pakai baju kurung je dan jubah pula aku pakai setiap Jumaat. Actually aku lebih senang pakai baju one pieces like jubah sebab senang nak basuh, nak iron dan nak jemur baju.Kalau baju kurung kan ada 2 pieces baju dan kain. Tapi memandangkan jubah yang aku ada pun cuma 3 helai, actually sehelai je sebab 2 lagi tu jubah adik dan mak aku, maka aku pakai setiap jumaat sajalah. Pakai hari -hari nanti orang perasan sangat yang aku asyik pakai baju yang sama.

Selalu aku keluar rumah jam 8.45 am. Sampai tempat kerja kadang jam 9.00 am tepat, kadang terlajak beberapa minit dari jam 9.00 am. Dulu zaman aku jadi supir adik aku, aku sampai tempat kerja jam 8.40 a.m. Antara yang terawal sampai ke tempat kerja sebab adik aku kena masuk ofis jam 8.30 pagi. Tapi sejak dia dah pandai berdikari ni aku lebih senang berlambat-lambat ke tempat kerja. Bukan sebab aku memang jenis orang yang tak punctual tapi sebab aku nak merasa macam mana perasaan datang lambat pergi kerja sama macam orang lain pernah buat. Sebenarnya kadang-kadang seronok, kadang-kadang tak seronok. Seronok sebab tak perlu bergegas-gegas tapi tak seronok bila keluar dari kereta dan nak masuk tempat kerja  kantoi pulak dengan bos yang sama-sama baru datang. Kalau masa tu baru jam 8.59 am boleh lagi lah nak senyum-senyum, tapi kalau dah 9.10 am? 

Jam 9.30 am baru aku betul-betul start buat kerja. Selalunya sebelum tu aku cuma cek email dan balas apa yang patut. Tengok jadual kot-kot nak kena jumpa orang ke atau nak kena pergi mana-mana ke. Lepas tu aku akan bersarapan. Tapi tengok keadaanlah kalau dah tak sempat beli sarapan aku akan terus buat kerja sampai lah waktu lunch hour....

Jam 6.00 pm aku dah siap berkemas-kemas kalau masa ni tak ada banyak sangat kerja atau kerja yang aku rasa boleh sambung esok hari nya. Kalau masa tu ada bos kat ofis selalunya aku akan berkemas lewat sikit dalam jam 6.15 pm. Jam 6.30 pm aku akan cepat-cepat keluar dari tempat kerja dan of cos lah terus balik rumah. Dulu ada jugak kawan-kawan ajak lepak minum-minum lepas balik kerja tak pun lepak pasar malam, tapi aku selalu menolak dengan baik. Entahlah kenapa aku jenis orang yang nak cepat sampai rumah. Mungkin sebab umur pun dah makin lanjut ni jadi aku rasa cepat penat dan tak sesuai nak berlepak-lepak ni. Sekarang dah tak ada sapa kawan aku yang nak ajak aku lepak lepas balik kerja. Lagipun aku dah pernah cakap pada dorang yang rumah aku jauh dari dorang ( aku duduk kajang, kerja kat bangi) jadi aku sangat takut kalau balik malam-malam sorang-sorang. Dulu masa zaman muda belia dulu rajin jugak aku ajak member baik lepak-lepak minum kat restoran sebelah sambil sembang-sembang hal keduniaan. Tapi sejak aku dah tak rapat dengan member tu plus aku dah boikot restoran sebelah tu jadi rutin harian aku selesai kerja terus lah balik rumah. ( apasal aku cakap pusing-pusing ni)

Jam 10.30 pm keatas selalunya aku dah start mengantuk. Sebelum tu aku akan sembang-sembang dengan adik aku yang pastinya sembang-sembang tu akan bertukar menjadi pergaduhan kecil, kadang-kadang pergaduhan besar. Dah puas bertekak aku akan merajuk dan terus tidur. Ini selalunya berlaku hampir setiap hari dalam seminggu. Well, dah nama pun rutin kan, mesti lah berulang-ulang. Esoknya aku bangun tidur dan ulang semula rutin aku seperti yang diatas.....


Agak-agak kat part mana rutin harian aku ni menyeronokkan ye? 



No comments:

Post a Comment